Home > Pengajian Malaysia > Kehakiman Dalam Meleraikan Perbalahan

Kehakiman Dalam Meleraikan Perbalahan

Salah satu daripada fungsi-fungsi Badan Kehakiman mengadili kes-kes jenayah dan sivil.


Kes Jenayah vs. Kes sivil

Kes-kes jenayah bermaksud sesuatu kes yang dibawa pihak pendakwaan di bawah sesuatu undang-undang yang menjadikan sesuatu tindakan atau kegagalan untuk bertindak sebagai jenayah. Jika disabit kesalahan, pesalah boleh di kenakan denda, dipenjara untuk tempoh tertentu, dibuang negeri, dirampas hartanya, atau dihukum bunuh.

Jadi, apakah jenayah? Jenayah merupakan sesuatu tindakan atau kegagalan untuk melaksanakan sesuatu seperti yang ditentukan undang-undang. Pendakwaan akan dilakukan pihak pendakwa raya atau yang berkenaan.

Kes-kes sivil, pula, merupakan tindakan undang-undang dimulakan seseorang terhadap seseorang lain. Ia tidak terbatas kepada rakyat Malaysia – termasuk warga asing, badan berkanun, kerajaan pusat, kerajaan negeri, syarikat-syarikat serta lain-lain yang dibenarkan undang-undang. Ianya digunakan untuk menegakkan hak-hak yang telah dicabul.

Kesan daripada kes sivil ialah yang pihak pembela yang didapati bersalah boleh diarah membayar ganti rugi, memulangkan sesuatu objek, membenarkan sesuatu tindakan.

Sebagai contoh:

ABC Sdn. Bhd. merupakan sebuah syarikat yang terlibat dengan industri pembinaan kapal di Sibu, Sarawak. Pihak pengurusan menggubal dasar keselamatan dan kesihatan pekerja sekadar untuk memenuhi syarat, namun tidak memberi sebarang alat perlindungan peribadi mahupun memaklumkan pekerjanya tentang bahan-bahan merbahaya yang digunakannya.

Maka, pihak pengurusan ABC Sdn. Bhd. boleh didakwa di bawah Seksyen 20, Akta Kesihatan dan Keselamatan Pekerja 1994 yang membawa denda tidak lebih RM20,000 atau dipenjara tidak lebih 2 tahun atau kedua-duanya sekali. Selain itu, pekerja juga boleh menyaman ABC Sdn Bhd untuk menuntut ganti rugi yang setimpal dengan kerugian mereka.

Siapakah Membicara?

Dalam sistem Kehakiman Malaysia, kes-kes jenayah dan sivil bermula sama ada di Mahkamah Majistret, Mahkamah Sesyen atau Mahkamah Tinggi.

Ianya bergantung kepada hukuman atau jumlah saman.

Bidang Kuasa Mahkamah Majistret

Kes sivil – Mahkamah Majistret Kelas Pertama boleh mendengar kes yang melibatkan saman tidak lebih RM25,000.00.

Kes jenayah – Secara amnya, Majistret Kelas Pertama boleh mendengar kes yang membawa:

  • hukuman penjara tidak melebihi 5 tahun;
  • denda tidak lebih daripada RM10,000.00;
  • sebatan sehingga 12 kali; atau
  • sebarang kombinasi daripada hukuman-hukuman tersebut.

Bidang Kuasa Mahkamah Sesyen

Kes sivil – Bidang kuasa tidak terhad untuk:

  • Perlanggaran, pemilik dan penyewa tanah, dan distres’;
  • Kes saman tidak melebihi RM250,000;
  • Dengan izin pihak-pihak terlibat, mendengar kes saman melebihi RM250,000 tetapi berkuasa mengarahkan ganti rugi tidak melebihi had berkanun RM250,000.00.

Kes jenayah – Semua jenis kes jenayah melainkan yang membawa hukuman mati.

 

Bidang Kuasa Mahkamah Tinggi

Kes sivil – Bidang kuasa untuk mendengar kes-kes:

Penceraian dan perihal perkahwinan (bukan Islam);

Admiraliti

Kes muflis dan syarikat;

Perlantikan dan pengawasan penjaga kanak-kanak serta harta mereka;

Perlantikan dan pengawasan penjaga orang kurang upaya serta harta mereka;

Memberi probet wasiat serta surat pentadbiran.

Secara khusus, bidang kuasa Mahkamah Tinggi dinyatakan di dalam Seksyen 23, 24, 24A, 25 (termasuk Jadual), 25A, 28, 30, 32, 33, dan 35, Akta Mahkamah Kehakiman 1964.

Kes jenayah – Secara amnya, Mahkamah Tinggi boleh mendengar semua kes membawa hukuman mati. Secara khususnya termaktub di dalam Seksyen 22, 26, 31 dan 35 Akta Mahkamah Kehakiman 1964.

Rujukan

Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerja 1994.

Akta Mahkamah Kehakiman 1964.

Portal Kehakiman, Mahkamah Tinggi di Sabah dan SarawakBidang Kuasa Mahkamah.

Categories: Pengajian Malaysia
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: