Home > Pengajian Malaysia > Sekolah-Sekolah Vernakular

Sekolah-Sekolah Vernakular

Apakah ‘sekolah vernakular’?

Sekolah yang menggunakan bahasa ibunda di sekolah.

Di Tanah Melayu, terdapat tiga jenis sekolah vernakular: Melayu, Cina & Tamil.

Sekolah Melayu, seperti Sekolah Melayu Gelugor di Pulau Pinang, menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Sekolah vernakular Melayu menghadapi masalah kekurangan tenaga pengajar.

Sekolah vernakular Cina menggunakan Bahasa Cina/Mandarin sebagai bahasa pengantar. Bahan-bahan pelajaran serta guru-guru dibekalkan dari Negara China. Kelas Bahasa Cina juga ditawarkan di semua ‘Free School’ di Melaka, Pulau Pinand san Singapura. Namun, kegagalannya menyebabkan inisiatif ini dihentikan.

Sekolah vernakular Tamil menggunakan bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar. Guru, kurikulum dan buku teks diimpot dart India. Kod Buruh pada 1925 mewajibkan kawasan perladangan yang mempunyai 10 kanak-kanak atau lebih menubuhkan sekolah. Tujuannya ialah untuk membasmi masyarakt buta huruf.

Sekolah Inggeris hanya terdapat di kawasan bandar dart menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.

Pendidikan bahasa Inggeris mula diperkenalkan di kalangan anak bangsawan Melayu pada tahun 1905. Penang Free School (1816 ) merupakan sekolah Inggeris pertama yang ditubuhkan. Guru-guru yang mengajar di sekolah Inggeris ini terdiri daripada paderi yang mendapat pendidikan di Eropah.

  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: