Home > Pengajian Malaysia > Peranan Eksekutif

Peranan Eksekutif

Badan Eksekutif merupakan salah satu badan di bawah doktrin pengasingan kuasa yang diilhamkan Charles de Secondat, baron de Montesquieu. Nukilan Montesquieu, The Spirit of Laws, menjadi asas fahaman pengasingan kuasa yang diamalkan oleh kerajaan-kerajaan di seluruh dunia, termasuk Malaysia dan Amerika Syarikat.

Secara dasarnya, tugas eksekutif adalah untuk melaksanakan undang-undang yang telah diluluskan oleh Badan Legislatif. Di sesetengah kerajaan demokrasi, badan Eksekutif mempunyai kuasa untuk mempersetujui atau menolak rang undang-undang daripada Badan Legislatif. Namun, dalam melaksanakan tanggungjawab-tanggungjawab ini, Badan Eksekutif wajib bertindak berlandaskan undang-undang yang terlibat. Seperti contoh, undang-undang keselamatan dan kesihatan perkerja di bawah Akta Kesihatan dan Keselamatan Pekerja 1994 hanya boleh dikuatkuasakan oleh Jabatan dan agensi berkenaan. Pihak anggota polis atau jabatan agama, sebagai contoh, tidak boleh membuat penangkapan ke atas majikan yang tidak mematuhi peruntukan Akta berkenaan.

Seterusnya, Eksekutif di Malaysia bertanggungjawab untuk merangka dasar-dasar persekutuan. Apakah perbezaan dasar dengan rang undang-undang? Dasar merupakan fahaman atau halatuju yang ingin digunapakai pihak pentadbiran. Jika terdapat percanggahan dengan sebarang dasar kerajaan, seseorang rakyat Malaysia tidak boleh dipenjarakan mahupun dikenakan tindakan undang-undang sivil. Pihak-pihak tertentu mungkin boleh menjadikannya ia sesuatu isu. Dasar boleh diubah oleh Menteri yang baru mengambil alih jawatan tersebut. Rang undang-undang pula hanya boleh dipinda, dimansuhkan dan diperkenalkan oleh Badan Legislatif. Contohnya Dasar Luar Malaysia. Semasa Tunku Abdul Rahman Ministry, dasar luar Malaysia adalah pro-Barat dan anti-Komunis. Apabila Razak Ministry, mengambil alih, Malaysia mengamalkan Dasar Luar Terbuka – buat pertama kalinya Malaysia menjalinkan hubungn diplomatik dengan negara-negara Komunis, khususnya Republik Rakyat China.

Kepimpinan tertinggi badan Eksekutif mempunyai 5 peranan. Peranan-peranan ini dibahagi antara Ketua Negara, iaitu Yang DiPertuan Agong Malaysia, dan Ketua Kerajaan Persekutuan, yakni Perdana Menteri Malaysia, serta Jemaah Menteri Malaysia. Lima peranan tersebut ialah:

  1. Simbol Kerajaan Persekutuan - Ketua Negara adalah Yang DiPertuan Agong manakala Perdana Menteri merupakan ketua politik negara;
  2. Ketua eksekutif, termasuk mengetuai birokrasi Persekutuan;
  3. Ketua Diplomatik – Jemaah Menteri menggubal dasar-dasar luar manakala Ketua Negara menerima tauliah daripada diplomat-diplomat asing;
  4. Ketua Angkatan Tentera – Yang DiPertuan Agong merupakan ketua turus angkatan tentera Malaysia manakala Menteri Pertahanan melaksanakan tugas pentadbiran bagi pihak baginda;
  5. Ketua Penggubal Undang-Undang – Sebagai komponen Parlimen, Yang DiPertuan Agong memperkenankan rang undang-undang yang diluluskan Dewan Rakyat dan Dewan Negara, memanggil persidangan Parlimen, membubar Parlimen dan seterusnya. Perdana Menteri, sebagai anggota Dewan Rakyat, dan Jemaah Menteri memperkenalkan rang undang-undang daripada pihak Kerajaan.
Categories: Pengajian Malaysia
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: