Home > Pengajian Malaysia > Perlembagaan Persekutuan & Perlembagaan Negeri

Perlembagaan Persekutuan & Perlembagaan Negeri

Sistem Persekutuan yang diamalkan di Malaysia menghasilkan 3 peringkat kerajaan – kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri dan kerajaan tempatan. Daripada tiga peringkat ini, terdapat dua “undang-undang asas” yang terdapat di Malaysia iaitu Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri/Undang-Undang Tubuh Negeri.

Secara dasarnya, terdapat beberapa persamaan di antara dua dokumen penting ini. Dan untuk menegakkan dan mentafsir maksud perlembagaan-perlembagaan ini, Mahkamah Persekutuan dan pihak judisiari dipertanggungjawabkan.

Antara persamaannya ialah peruntukan kuasa eksekutif dan kuasa legislatif, kebebasan anggota badan legislatif, kaedah pindaan perlembagaan, Ketua Negeri bertinak di atas nasihat Ketua Kerajaan.

Terdapat juga perbezaannya tersendiri. Paling ketara ialah perlembagaan negeri tidak memperuntukkan sistem kehakiman sivil di peringkat negeri. Seterusnya, ia juga tidak memperuntukkan perlantikan sebarang jenis suruhanjaya di peringkat negeri. Juga, kuasa mengisytiharkan Darurat adalah dengan Yang DiPertuan Agong di atas nasihat Jemaah Menteri sahaja.

Fail PDF yang dikongsi merupakan jadual persamaan dan perbezaan perlembagaan persekutuan dan perlembagaan negeri secara asas. Terdapat pelbagai lagi perbezaan dan persamaan yang anda boleh perolehi di dalam kelas dan buku-buku rujukan sepanjang pengajian. Klik di sini.

Categories: Pengajian Malaysia
  1. davis
    July 7, 2010 at 9:22 am

    Aldric,thanks for creating mydiposh.From this site i got note for the Malaysian Studies.So keep it up,so whats next…

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: