Home > Pengajian Malaysia > Apakah dimaksudkan dengan “Perlembagaan”?

Apakah dimaksudkan dengan “Perlembagaan”?

“Keluhuran Perlembagaan” adalah Rukun Negara Ke-3. Dari kecil hingga dewasa, semua warganegara Malaysia yang mendapat pendidikan rendah dan menengah, khususnya di sekolah-sekolah kerajaan, akan didedahkan kepada prinsip ini. Namun, apakah dimaksudkan dengan “perlembagaan”?

Maksud Perlembagaan Diperjelaskan

“Perlembagaan” merupakan undang-undang tubuh atau asas sesebuah kerajaan. Perlembagaan merupakan satu koleksi atau dokumen yang menggariskan institusi-institusi kerajaan, hak-hak rakyat, serta had dan tanggungjawab kepada mereka.

Secara amnya, perlembagaan sesebuah negara melambangkan nilai-nilai kebangsaan yang diutamakan di dalam negara berkenaan. Negara yang mementingkan kebebasan dan hak asasi manusia akan memperuntukkan perkara-perkara berkenaan di dalam perlembagaannya. Sebegitu juga jika negara yang mengutamakan nilai kerohanian dan keagamaan akan memuatkan fasal berkenaan agama di dalam perlembagaannya itu.

Terdapat 2 jenis perlembagaan:

  1. Perlembagaan Bertulis; dan
  2. Perlembagaan Tidak Bertulis.

Perlembagaan Bertulis

Perlembagan bertulis merupakan perlembagaan yang telah dikodifikasi atau diluluskan badan bertanggungjawab dalam satu dokumen. Daripada dokumen ini, undang-undang lain diluluskan atau amalan-amalan berperlembagaan (constitutional practices and conventions) dilahirkan. Berdasarkan perlembagaan inilah pihak kehakiman akan menguji kesahihan tindakan kerajaan.

Antara negara-negara yang mengamalkan perlembagaan bertulis termasuklah Malaysia (Perlembagaan Persekutuan atau Federal Constitution), Amerika Syarikat (U.S. Constitution) dan India (Constitution of India).

Perlembagaan Amerika Syarikat boleh dikategorikan sebagai perlembagaan “pendek” apabila dibandingkan dengan Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan India. Perlembagaan India mempunyai Mukadimah (Preamble), 22 Bahagian yang mengandungi 448 perkara, 12 jadual, 5 lampiran dan 107 pindaan. Tahukah anda bagaimana struktur Perlembagaan Persekutuan?

Setiap perlembagaan bertulis memperuntukan kaedah pindaannya. Sungguhpun sesuatu perlembagaan merupakan undang-undang asas (gurdnorm), namun ia tetap boleh dipinda dari masa ke semasa. Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan 4 kaedah pindaan. Kaedah-kaedah ini akan dibincangkan di dalam entry seterusnya.

Perlembagaan Tidak Bertulis

Perlembagaan tidak bertulis merupakan gabungan tradisi, undang-undang biasa badan legislatif, keputusan-keputusan mahkamah serta amalan-amalan yang dianggap teras oleh rakyat negara berkenaan.

United Kingdom, New Zealand, Israel dan San Marino merupakan antara negara-negara masa kini yang tidak mempunyai perlembagaan bertulis.

Secara teori, perlembagaan tidak bertulis boleh dipinda dengan undi majoriti mudah badan legislatif negara berkenaan. Selain itu, skandal atau penyalahgunaan kuasa oleh pihak kerajaan juga boleh menukar penerimaan rakyat negara berkenaan, lebih-lebih lagi melalui proses pilihanraya.

Categories: Pengajian Malaysia
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: