Archive

Posts Tagged ‘Peranan Badan Legislatif’

Peranan Badan Legislatif

July 8, 2010 Leave a comment

Apakah tugas lazim Badan Legislatif? Seperti yang dijelaskan oleh nama badan itu sendiri, Badan Legislatif berperanan untuk menggubal, meminda dan memansuhkan undang-undang. Ianya dilakukan melalui proses penggubalan undang-undang.

Tahukah anda bahawa Badan Legislatif juga mempunyai peranan-peranan lain?

Sebagai wakil-wakil rakyat yang dipilih melalui proses pilihan raya, Ahli-Ahli Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri juga membincangkan isu-isu penting berkaitan dengan kawasan masing-masing. Dewan Negara, sebagai forum perwakilan Kerajaan-Kerajaan Negeri dan kumpulan-kumpulan tertentu juga bertindak sedemikian bagi pihak kumpulan atau kerajaan yang diwakili.

Secara kolektif, Badan Legislatif juga bertindak sebagai forum perbincangan dasar-dasar kerajaan serta isu-isu nasional.

Badan Legislatif juga mempunyai kuasa monopoli ke atas peruntukan kerajaan setiap tahun, termasuk penetapan kadar cukai, duti dan tariff. Badan Eksekutif hanya boleh membelanjakan wang yang telah diluluskan Badan Legislatif. Secara teori, Badan Eksekutif memerlukan kebenaran daripada Badan Legislatif untuk menaikkan cukai.

Sungguhpun pihak Eksekutif melalui Menteri mahupun diplomat mempunyai kuasa untuk menandatangani sebarang perjanjian antarabangsa, Badan Legislatif perlu menggesahkan applikasi perjanjian tersebut jika ia ingin dilaksanakan di Malaysia.

Di Malaysia, Badan Eksekutif bertanggungjawab kepada Badan Legislatif. Oleh itu, seseorang Perdana Menteri perlu mengekalkan sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat. Di peringkat negeri, seseorang Menteri Besar atau Ketua Menteri boleh dilucutkan jawatan jika beliau hilang sokongan majoriti ADUN. Di peringkat persekutuan, kes seperti ini tidak pernah berlaku. Namun di peringkat negeri, ianya pernah terjadi di Perak, Sarawak, Kelantan dan Sabah. Pendek kata, Badan Legislatif berperanan untuk memastikan kebertanggungjawapan kerajaan (accountability).

Di Malaysia, Parlimen mempunayi kuasa untuk menamatkan Darurat yang diisytiharkan Yang DiPertuan Agong.

Di peringkat Persekutuan, Badan Legislatif ialah Parlimen Malaysia. Di peringkat negeri, Dewan Undangan Negeri merupakan badan legislatifnya.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.