Home > Pengajian Malaysia > Sistem Pentadbiran Negeri Sarawak

Sistem Pentadbiran Negeri Sarawak

Sarawak merupakan negeri terbesar [Persekutuan] Malaysia. Dengan keluasan 123,300 km2, berbanding Semenanjung Malaysia (131,600 km2) dan Sabah (73,700 km2), Bumi Kenyalang terbahagi kepada 11 Bahagian:

  1. Kuching;
  2. Samarahan;
  3. Sri Aman;
  4. Sarikei;
  5. Sibu;
  6. Miri;
  7. Kapit;
  8. Bintulu;
  9. Limbang;
  10. Mukah; dan
  11. Betong.

Setiap Bahagian diketuai seorang Residen. Setiap bahagian, pula, dipecahkan kepada daerah. Pentadbiran peringkat daerah diketuai seorang Pegawai Daerah (District Officer). Terdapat 33 buah daerah di Negeri Sarawak. Daerah-daerah Sarawak juga dipecahkan kepada Daerah Kecil yang ditadbir seorang Pegawai Pentadbir (Administrative Officer).

Pentadbiran Negeri

Ketua Negeri Sarawak ialahYang DiPertua Negeri Sarawak yang dilantik setiap empat tahun oleh Yang DiPertuan Agong di bawah Perkara 19A, Jadual Lapan, Perlembagaan Persekutuan. Dalam menjalankan tugas baginda, Yang DiPertuan Agong bertindak atas budi bicara baginda selepas berunding dengan Ketua Menteri Sarawak. Pada ketika ini, Tuan Yang Terutama Tun Datuk Patinggi Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng menyandang jawatan ini.

Ketua kerajaan peringkat negeri Sarawak ialah Ketua Menteri Sarawak. Ketua Menteri dilantik oleh Yang DiPertua Negeri Sarawak dari kalangan ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sarawak yang memegang keyakinan majoriti ADUN. Ketua Menteri Sarawak pada ketika ini ialah Yang Amat Berhormat Pehin Sri (Dr.) Haji Abdul Taib bin Mahmud.

Ketua Menteri mengetuai Kabinet Negeri Sarawak yang dianggotai lapan (8) orang Menteri lain yang dilantik Yang DiPertua Negeri dari kalangan ADUN, di atas nasihat Ketua Menteri.

Untuk membantu Menteri-Menteri Kabinet, Yang DiPertua Negeri Sarawak juga melantik beberapa orang Menteri-Menteri Muda (Assistant Minister) dari kalangan ADUN.

Pentadbiran Kementerian & Jentera Kerajaan Negeri Sarawak

Jentera pentadbiran negeri diketuai seorang penjawat awam berjawatan Setiausaha Negeri Sarawak. Kini, jawatan ini disandang YB Datuk Amar Hj. Mohamad Morshidi bin Abdul Ghani.

Ketua pentadbir kementerian-kementerian negeri Sarawak merupakan Setiausaha Tetap Kementerian.

  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: