Archive

Archive for July 6, 2010

Peranan Badan Judisiari dalam Konteks Malaysia

July 6, 2010 3 comments

Perlembagaan Persekutuan, dalam Bahagian IX, memperuntukkan penubuhan tiga peringkat mahkamah tinggi (superior courts), yakni:

  • Mahkamah Tinggi Malaya dan Mahakamah Tinggi di Sabah dan Sarawak;
  • Mahkamah Rayuan; dan
  • Mahkamah Persekutuan.

Secara dasarnya, peranan mahkamah-mahkamah tinggi ini adalah:

  • Menegakkan undang-undang – Badan Legislatif menggubal undang-undang yang dilaksanakan Badan Eksekutif. Badan Kehakiman memastikan bahawa peruntukan undang-undang itu diikuti, termasuk dari kaedah penangkapan sehinggalah perngkat pendakwaan;
  • Mentafsir undang-undang – Badan Kehakiman mempunyai kuasa untuk mentafsir dan memberi maksud kepada undang-undang yang sedia ada. Jika mahkamah mendapati sesuatu undang-undang atau tindakan kerajaan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan, mahkamah berkuasa untuk membatal undang-undang atau tindakan tersebut di bawah Perkara 4(1) dan 128(1)(a), Perlembagaan Persekutuan.
  • Mentafsir Perlembagaan – Antara fungsi utama Badan Kehakiman ialah mentafsir maksud dan kehendak Perlembagaan dalam sesuatu kes.
  • Menasihati Yang DiPertuan Agong – Yang DiPertuan Agong boleh merujuk kepada Mahkamah Persekutuan kemusykilan baginda tentang tafsiran Perlembagaan Persekutuan.
  • Mengadili perbicaraan antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan atau di kalangan Kerajaan-Kerajaan Negeri;
  • Mengadili kes-kes jenayah dan sivil.