Home > Uncategorized > Kaedah-Kaedah Pemindaan Perlembagaan

Kaedah-Kaedah Pemindaan Perlembagaan

Perlembagaan Persekutuan (selepas ini dirujuk sebagai PP) memperuntukkan empat (4) cara pindaan dokumen itu. Mengikut Perkara 159(1), PP, pindaan perlembagaan dilakukan melalui undang-undang persekutuan.

Ini bermaksud pindaan akan melalui proses penggubalan undang-undang di Parlimen. Proses ini akan dibincangkan dalam entri seterusnya. Akan tetapi, Perkara 159, dibaca dengan beberapa peruntukan yang lain, menetapkan syarat-syarat khas dalam pemindaan fasal-fasal yang telah ditentukan.

Huraian berikut memperjelaskan kaedah-kaedah dan syarat-syarat khas yang dikenakan untuk meminda PP.

Cara 1: Majoriti Mudah Ahli Hadir

Berdasarkan Perkara 159(1) & (4) dibaca bersama Perkara 62(3), Perlembagaan Persekutuan, sesuatu rang undang-undang meminda PP boleh diluluskan oleh majoriti mudah ahli dewan yang hadir.

Untuk memberi gambaran, Dewan Rakyat (Parlimen Ke-12) mempunyai 222 ahli (Perkara 46(1), PP). Sebagai contoh, seandainya kuorum Dewan Rakyat adalah 30 ahli YB dan seorang Yang DiPertua Dewan (Speaker); hanya 50 ahli YB hadir, tidak termasuk Yang Dipertua Dewan, hadir untuk sesi meluluskan rang undang-undang pindaan perlembagaan ini. Rang Pindaan Perlembagaan ini memerlukan sekadar 26 undi menyokong rang tersebut untuk diluluskan dewan berkenaan.

Sistem Kuorum

Dalam sistem berparlimen, sesebuah dewan atau jawatankuasa boleh menetap bilangan kuorum untuk bersidang. Bilangan kuorum boleh ditafsirkan sebagai jumlah minima kehadiran ahli yang layak mengundi untuk mengadakan sesuatu persidangan. Bilangan kuorum ditetapkan oleh dewan yang berkenaan; bagi Parlimen Malaysia, kuasa ini diserahkan kepada dewan berkenaan melalui Perkara 62, PP. Apabila bilangan ahli Dewan Rakyat atau Dewan Negara hadir dalam persidangan kurang daripada kuorum, tindakan persidangan itu menjadi tidak sah secara prosedur kerana kurang atau tidak memenuhi kuorum.

Jenis Pindaan Perlembagaan

Antara perkara PP yang boleh dipinda melalui kaedah ini adalah seperti berikut:

  1. Sebarang pindaan kepada Bahagian III kepada Jadual Kedua atau kepada Jadual Keenam atau Jadual Keenam;

Cara 2: Majoriti 2/3 Keahlian Kedua-Dua Dewan

Berbeza dengan Cara 1, Cara 2 ini merupakan kaedah pindaan yang kerap digunakan. Jika dibandingkan dengan 3 cara yang lain, cara ini merupakan cara lazim meminda kebanyakan fasal yang termaktub di dalam PP.

Dengan Cara 2, atau Perkara 159(3), PP, ini, sesuatu rang undang-undang pindaan Perlembagaan wajib mendapat sekurang-kurangnya sokongan 2/3 keahlian Dewan berkenaan pada Bacaan Kedua dan Ketiga.

Kembali kepada ilustrasi tadi, sesuatu rang pindaan perlembagaan perlu mendapat sokongan sekurang-kurangnya 148 ahli Dewan Rakyat pada Bacaan Kedua dan Ketiga. Selepas diluluskan Dewan Rakyat, rang yang sama akan melalui proses yang sama. Kali ini, 47 Ahli Dewan Negara perlu menyokong rang undang-undang ini pada Bacaan Kedua dan Ketiga di Dewan Negara.

Kemudian, sepertimana rang undang-undang persekutuan yang lain, rang yang telah diluluskan kedua-dua Dewan Parlimen dipersembahkan kepada Yang DiPertuan Agong untuk Perkenan baginda. Sebelum ianya berkuatkuasa, pindaan baru ini wajib diwartakan.

Cara 3: Majoriti 2/3 Keahlian Kedua-Dua Dewan Parlimen dan Perkenan Majlis Raja-Raja

Apabila Parlimen ingin meminda perkara-perkara yang menyentuh kedaulatan, kemuliaan dan kedudukan Majlis Raja-Raja atau mana-mana Raja-Raja Melayu, seperti mana yang dinyatakan Perkara 159(5), caranya sama dengan Cara 2.

Perbezaannya sekadar keperluan perkenan Majlis Raja-Raja. Tanpa adanya perkenan ini, rang undang-undang pindaan perlembagaan itu ternyata tidak sah.

Cara 4: Majoriti 2/3 Keahlian Kedua-Dua Dewan Parlimen dan Perkenan Yang Di Pertua Negeri Sabah atau Sarawak

Kedudukan Sarawak dan Sabah di dalam Malaysia dilindungi dengan mengenakan keperluan tambahan dari segi kaedah pindaan Perlembagaan Persekutuan yang melibatkan kedua-dua negeri Borneo berkenaan.

Disamping prosedur dalam Cara 2, semua pindaan yang dinyatakan dalam Perkara 161E(2), PP, perlu mendapat persetujuan Yang DiPertua Negeri Sarawak atau Sabah.

About these ads
Categories: Uncategorized
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: